!-- Javascript Ad Tag: 6454 -->

Monday, August 17, 2015

Anugerah laut bagi manusia

Perjalanan yang belum selesai (347)

(Bahagian ke tiga ratus empat puluh tujuh), Depok, Jawa Barat, Indonnesia, 17 Ogos 2015, 13.04 WIB).

Anugerah laut bagi manusia

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini berlaku protes (demonstration) para penjual daging lembu di beberapa pasaran di Inonesia, mereka protes dalam betuk mogok (tidak menjual) daging sebagai protes kepada kerajaan yang gagal mengawal harga daging lembu, sehingga harga daging lembu potong di pasaran melonjak tinggi , sehingga mereka kekurangan pembeli.
Rupanya kerana menjelang iedul Adha (Hari raya haji), banyak peniaga atau penternak lembu menahan lembu mereka untuk segera di potong dan dijual dipasar.
Mereka menahan lembu mereka dan baru akan di lepas menjelang Iedul Adha, kerana biasanya harga lembu, kambing (domba) menjelang hari raya korban (iedul adha) harga haiwan itu akan melonjak.
Kini selepas Menteri Perdagangan diganri, harga daging lembu kembali turun (normal) dan para pedagang kembali berjualan.
Namun, reda masalah daging lembu, kini timbul masalah lain, para peniaga ayam berdemonstrasi (mogok) tidak menjual daging ayam, kerana harga daging ayam melonjak tinggi, sehingga peniaga daging ayam kekurangan pembeli.
Daging lembu dan daging ayam lebih popular berbanding daging ikan, padahal luas lautan di Indonesia jauh melebihi luas daratan.
Potensi ikannya pun luar biasa, namun para nelayannya kerana lemah kemampuannya, tidak mempunyai kapal yang cukup dan kerajaan pun sangat kurang membangun pasar ikan, maka sebahagian besar masyarakat lebih bergantung kepada pengambilan protein daging (lembu, kambing dan ayam), sedangkan ikan belum popular.
Akibatnya para nelayan sukar berkembang dan maju, itu sebabnya ikan yang banyak di lautan banyak diambil (dicuri) nelayan asing, baik mengambilnya secara sah (yang membenarkan) dan secara tidak sah (mencuri).
Menurut Menteri Kelautan Susi, potensi ikan yang ada di laut Indonesia yang dicuri nelayan asing bernilai Rp 300 triliun per tahun.
Seandainya kerajaan menganggarkan dana belanja negara yang cukup untuk membantu nelayan membeli kapal nelayan dan perlengkapannya, membina banyak pasar ikan khusus (berpendingin, agar ikannya awet)
Kerajaan juga terus berkempen bahawa protein ikan lebih sihat (non-cholesterol) berbanding daging kambing, lembu dan ayam.

Nikmat Lautan dalam perspektif fiqh
Oleh
Ustadz Kholid Syamhudi Lc


Allâh Subhanahu wa Ta'ala telah memberikan seluruh yang ada diatas bumi ini untuk digunakan manusia, sebagai bentuk anugerah dan kurnia-Nya yang sangat besar dan luas. Allâh Azza wa Jalla berfirman:

ألم تروا أن الله سخر لكم ما في السماوات وما في الأرض وأسبغ عليكم نعمه ظاهرة وباطنة ومن الناس من يجادل في الله بغير علم ولا هدى ولا كتاب منير

Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allâh telah menundukkan untuk (kepentingan) mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allâh tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan. [Luqmân / 31: 20].

Diantara kenikmatan dan kurnia Allâh Subhanahu wa Ta'ala yang ada dibumi ini adalah lautan, yang Allâh Subhanahu wa Ta'ala sifatkan dalam firman-Nya:

وهو الذي سخر البحر لتأكلوا منه لحما طريا وتستخرجوا منه حلية تلبسونها وترى الفلك مواخر فيه ولتبتغوا من فضله ولعلكم تشكرون

Dan Dia-lah, Allâh yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. [An-Nahl / 16: 14]

Lautan mempunyai kepentingan dalam kehidupan manusia, dimana menjadi sarana berlayarnya kapal-kapal yang membawa manfaat bagi mereka. Juga dalam lautan mengandungi kekayaan yang tak ternilai berupa barang tambang, haiwan-haiwan laut dan batu-batu berharga serta yang lain-lain yang menjadi keperluan manusia.

Apalagi dimasa kini semakin terasa urgensi lautan dengan banyaknya orang yang beralih marin dalam menggali dan mengeksploitasi kekayaan yang terkandung didalamnya. Demikian banyaknya keterikatan manusia dengan lautan dewasa ini mendorong setiap Muslim untuk mengetahui hukum dan pandangan Islam terhadap lautan.

MAMNAFAAT LAUTAN SEBUAH ANUGERAH ILAHI
Lautan termasuk tanda kebesaran Allâh Subhanahu wa Ta'ala dan keajaiban ciptaan-Nya. Lautan mengandungi manfaat yang besar yang bermanfaat bagi makhluk sebagai bentuk anugerah Allâh Subhanahu wa Ta'ala kepada mereka. Diantara manfaat lautan adalah:

1. Allâh tundukkan lautan yang bergelombang ombaknya dan mudahkan untuk para hamba-Nya sehingga mereka mampu mengharunginya dan mengambil manfaat dari kandungannya seperti menangkap ikannya. Juga mereka mampu memanfaatkan lautan untuk mencapai daerah-daerah yang dipisahkan lautan.

Allâh Subhanahu wa Ta'ala jelaskan nikmat yang agung ini pada banyak ayat dalam al-Quran, seperti dalam firman-Nya:

وهو الذي سخر البحر لتأكلوا منه لحما طريا

Dan Dia-lah, Allâh yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), [an-Nahl / 16: 14]

Firman Allâh Subhanahu wa Ta'ala:

وآية لهم أنا حملنا ذريتهم في الفلك المشحون )41( وخلقنا لهم من مثله ما يركبون

Dan suatu tanda (kebesaran Allâh yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan. Dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kenderai seperti bahtera itu. [Yâsîn / 36: 41-42]

Juga firman-Nya:

الله الذي سخر لكم البحر لتجري الفلك فيه بأمره ولتبتغوا من فضله ولعلكم تشكرون

Allâh-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan seizin-Nya dan supaya kamu dapat mencari karunia -Nya dan Mudah-mudahan kamu bersyukur. [Al-Jatsiyah / 45: 12]

Diantara bentuk kemudahan yang Allâh Subhanahu wa Ta'ala berikan disini adalah Allâh Subhanahu wa Ta'ala menahan air laut dengan kuasa dan kehendaknya supaya tidak melebihi bumi dan menenggelamkannya. [Lihat Miftah Dâr as-Sa'ādah 1/210]

2. Allâh Subhanahu wa Ta'ala memberikan kemudahan bagi kapal-kapal untuk membelah ombak lautan yang ganas dengan ujung depannya. Kapal-kapal tersebut belayar menerpa air dan terapung di atasnya dengan beban berat yang dibawanya. Allâh Subhanahu wa Ta'ala yang memberikan petunjuk kepada hamba-Nya untuk membuat kapal-kapal dan membinbing mereka sebagai bentuk warisan dari nabi Nuh, karena beliaulah orang pertama yang membuat perahu dan kapal dan menggunakannya. [Lihat Tafsir Ibnu Katsîr 4/481].

Allâh Subhanahu wa Ta'ala telah menjelaskan nikmat berlayarnya kapal-kapal membelah ombak lautan dalam beberapa ayat, seperti dalam firman Allâh Subhanahu wa Ta'ala:

وخلقنا لهم من مثله ما يركبون )42( وإن نشأ نغرقهم فلا صريخ لهم ولا هم ينقذون

Dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kenderai seperti bahtera itu. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan. [Yâsîn / 36: 42-43]

Juga firman Allâh Subhanahu wa Ta'ala:

وسخر لكم الفلك لتجري في البحر بأمره وسخر لكم الأنهار

Dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. [Ibrâhîm / 14: 32]

Serta firman Allâh Subhanahu wa Ta'ala:

وترى الفلك مواخر فيه ولتبتغوا من فضله ولعلكم تشكرون

Dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. [An-Nahl / 16: 14]
.
Allâh Subhanahu wa Ta'ala mengungkapkan hal ini sebagai nikmat dari-Nya. Allâh Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

ألم تر أن الفلك تجري في البحر بنعمت الله ليريكم من آياته

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allâh, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) -Nya. [Luqmân / 31: 31]

3. Diperbolehkan menangkap dan dan dihalalkannya haiwan laut berupa ikan dan lain-lain baik masih hidup atau sudah jadi bangkai, baik dalam keadaan tidak berihram maupun sedang berihram. (Lihat Tafsir Ibnu Kathir 4/480). Sebagaimana firman Allâh Subhanahu wa Ta'ala:

أحل لكم صيد البحر وطعامه متاعا لكم وللسيارة

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan. [Al-Maidah / 5: 96]

Diantara anugerah Allâh Subhanahu wa Ta'ala terhadap makhluk dengan lautan adalah Allâh Subhanahu wa Ta'ala ciptakan dilautan daging segar dari ikan dan selainnya untuk dimakan. Disifatkan dengan kata segar; kerana daging tersebut cepat rosak sehingga perlu segera dimakan kerana bimbang rosak.

Demikian juga Allâh Subhanahu wa Ta'ala jelaskan nikmat ini dalam beberapa ayat, diantranya:

وهو الذي سخر البحر لتأكلوا منه لحما طريا

Dan Dia-lah, Allâh yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan) [an-Nahl / 16: 14].

4. Didapatkan dan dikeluarkannya isi lautan berupa perhiasan dan telah disampaikan Allâh Subhanahu wa Ta'ala tentang anugerah ini dalam beberapa ayat, antaranya firman Allâh Subhanahu wa Ta'ala:

يخرج منهما اللؤلؤ والمرجان

Dari keduanya keluar mutiara dan marjan [ar-Rahmân / 55: 22]

Firman Allâh Subhanahu wa Ta'ala:

ومن كل تأكلون لحما طريا وتستخرجون حلية تلبسونها

Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya. [Fâthir / 35: 12]

Perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah mutiara, marjan dan semua yang dipergunakan manusia untuk berhias dari kandungan lautan tersebut.

5. Sarana mencari keutamaan Allâh Subhanahu wa Ta'ala yaitu dengan mengharungi lautan untuk berdagang mencari keuntungan dan seluruh tujuan manusia. Allâh Subhanahu wa Ta'ala telah menghalalkannya dan memudahkan manusia dengan nikmat ini. Allâh Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وترى الفلك مواخر فيه ولتبتغوا من فضله ولعلكم تشكرون

Dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. [An-Nahl / 16: 14].

Maksudnya adalah agar kalian mengharungi lautan untuk berniaga dalam rangka mencari keuntungan daripada kurnia Allâh Subhanahu wa Ta'ala. Apabila kalian dapatkan keutamaan Allâh Subhanahu wa Ta'ala dan kebaikan-Nya, semoga kalian bisa bersyukur kepada Allâh Azza wa Jalla.

Allâh Subhanahu wa Ta'ala mengulangi penjelasan nikmat ini dalam beberapa ayat dalam al-Quran, seperti dalam surat al-Baqarah, Allâh Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

والفلك التي تجري في البحر بما ينفع الناس

Bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia. [Al-Baqarah / 2: 164]

Allâh Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman dalam Surat al-Jatsiyah:

الله الذي سخر لكم البحر لتجري الفلك فيه بأمره ولتبتغوا من فضله ولعلكم تشكرون

Allah-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan seizin-Nya dan supaya kamu dapat mencari karunia -Nya dan Mudah-mudahan kamu bersyukur. [Al-Jatsiyah / 45: 12].

Juga firman Allâh Subhanahu wa Ta'ala:

ربكم الذي يزجي لكم الفلك في البحر لتبتغوا من فضله إنه كان بكم رحيما

Rabb-mu adalah yang melayarkan kapal-kapal di lautan untukmu, agar kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyayang terhadapmu. [Al-Isra / 17: 66]

Serta firman Allâh Subhanahu wa Ta'ala:

ولتجري الفلك بأمره ولتبتغوا من فضله ولعلكم تشكرون

kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari karunia-Nya; mudah-mudahn kamu bersyukur. [Ar-Rum / 30: 49]

Demikianlah anugerah Allâh Subhanahu wa Ta'ala terhadap hamba-hambaNya dengan lautan dan isi kandungannya yang telah di jelaskan dalam al-Quran dan Sunnah Rasûlullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam. Semoga bermanfaat.

[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi Khas 10 / Tahun XVII / 1435H / 2014M. Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo - Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57773 Telp. 0271-858197 Fax 0271-858196]

No comments:

Post a Comment