!-- Javascript Ad Tag: 6454 -->

Thursday, August 20, 2015

Obama akan bertemu Putin, setelah pencaplokan Crimea

Obama akan bertemu Putin, setelah pencaplokan Crimea


(VOA)  Vladimir Putin bersedia bertemu dengan Presiden Amerika Barack Obama ketika pemimpin Rusia itu melawat Amerika untuk menghadiri sidang umum PBB bulan depan, kata Menteri Luar Negeri Rusia hari Rabu.

Bercakap kepada wartawan di Sevastopol, Crimea, Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov menegaskan bahawa Presiden Putin akan menghadiri sidang ke-70 Perhimpunan Agung PBB, yang dibuka di New York pada 15 September.

Sergei Lavrov berkata Presiden Putin boleh bertemu dengan Presiden Obama jika pihak Amerika memberikan isyarat ingin mengadakan mesyuarat.

Menurut senarai sementara yang dikeluarkan PBB, Presiden Putin akan berbicara di muka Majelis Umum tanggal 28 September, pada hari-hari pertama perdebatan umum.

Hari Rabu adalah hari kedua lawatan oleh Presiden Putin dan pegawai tinggi Rusia lain ke Crimea, Semenanjung Laut Hitam yang dilampirkan Rusia dari Ukraine tahun lalu.

Bercakap di Sevastopol, markas armada Laut Hitam Rusia, Presiden Putin berkata "kuasa-kuasa asing" mengancam akan mengacau keadaan di semenanjung itu.

Awal minggu ini, Presiden Ukraine Petro Poroshenko menyebut kunjungan Presiden Putin dan pegawai tinggi Rusia lain ke Crimea suatu "cabaran bagi dunia bertamadun".

Meski ada perselisihan, Rusia dan AS boleh mencari penyelesaian atas masalah-masalah antarabangsa yang paling sukar dan menghadapi cabaran-cabaran global secara bersama.



Pin It


Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, hubungan antara Moscow dan Washington masih merupakan faktor sangat penting dalam memastikan kestabilan dan keamanan dunia.

Dalam ucapan selamatnya kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, Sabtu (4/7), Putin berkata bahawa walaupun ada perselisihan, Rusia dan AS boleh mencari penyelesaian atas masalah-masalah antarabangsa yang paling sukar dan menghadapi cabaran-cabaran global secara bersama jika kedua-dua negara terlibat dalam dialog yang didasarkan pada kesamaan dan sikap saling menghormati kepentingan pihak lain.

Kepada pemerintahan Obama, Putin juga menawarkan kerjasama untuk memerangi ancaman keganasan kumpulan militan Negara Islam (ISIS). Menurut Kremlin, Putin telah mengarahkan Menteri Luar Negeri Sergei Lavrov untuk membincangkan strategi bersama anti-terorisme dengan Menteri Luar Negeri AS John Kerry.

Hubungan AS-Rusia telah mencapai titik terendah sejak era pasca Perang Dingin kerana konflik di Ukraine timur dan pengilhakan Rusia terhadap Semenanjung Crimea pada 2014.

Rusia semakin menunjukkan sikap bermusuhan dalam kenyataan-kenyataan mengenai Amerika sejak menuding bahawa sekatan-sekatan Barat yang dikuatkuasakan terhadap Moscow adalah akibat tekanan Amerika terhadap negara-negara Kesatuan Eropah.

Barat menuding Rusia menyokong pemberontakan di Ukraine timur, sebuah pernyataan yang dibantah Rusia. Rusia berkata, orang-orang Rusia yang membantu puak pemisah di kawasan Donbas berperang atas kehendak sendiri.

Kepala Staff Tentera Gabungan AS berkata tentera Amerika perlu lebih berdaya tahan, inovatif dan bersepadu serta tetap berdialog dengan negara-negara lain.

Perwira tertinggi tentera AS mengatakan bahawa sekalipun angkatan bersenjata Amerika Syarikat masih yang terkuat di dunia, negara-negara lain sudah mula menutup jurang itu.

Ketika mengumumkan Strategi Tentera Nasional 2015 hari Rabu (1/7), Ketua Staff Tentera Gabungan AS, Jeneral Martin Dempsey berkata negara-negara lain menanam modal sangat besar untuk kemampuan militer mereka.

Jeneral itu mengatakan bahawa sejak Kementerian Pertahanan atau Pentagon menerbitkan strategi ketenteraan yang terakhir tahun 2011, kekacauan di dunia telah meningkat dan sebahagian dari kelebihan Amerika atas negara-negara lain telah mulai terhakis. Dempsey berkata tentera Amerika perlu lebih berdaya tahan, inovatif dan bersepadu serta tetap berdialog dengan negara-negara lain.

Strategi 2015 menunjukkan bahawa Rusia telah "berkali-kali menunjukkan bahawa negara itu tidak menghormati kedaulatan jirannya" dan bersedia menggunakan kekuatan tentera untuk mencapai sasarannya.

Strategi itu menyatakan "tindakan ketenteraan Rusia menjejaskan keselamatan kawasan dengan langsung dan melalui pasukan lain yang diperalatnya," yang merujuk pada bantuan Rusia bagi puak pemisah di Ukraine timur.

Dokumen itu juga berkata program nuklear Iran membimbangkan sekutu-sekutu Amerika di Timur Tengah dan bahawa Iran dengan giat menaja kumpulan-kumpulan pengganas di Iraq, Lebanon, Syria dan Yaman.

Strategi itu menyebut Korea Utara "negara yang tidak menghormati undang-undang" yang mempunyai senjata nuklear dan sedang membuat peluru berpandu yang mampu mencapai Amerika Syarikat.

Tetapi strategi itu berkata China berada di "tahap yang berbeza" dan menggalakkan China untuk "menjadi rakan kongsi bagi keselamatan antarabangsa yang lebih besar."

Namun, lebih banyak strategi itu mengemukakan bahawa China boleh menjadi ancaman terhadap Amerika Syarikat dan bahawa tindakannya di Laut China Selatan - tempat China mempamerkan kekuatan militernya dalam pertikaian wilayah dengan negara-negara jiran - adalah "membimbangkan."
Setiausaha Pertahanan AS: Tak Ada Keinginan Kembali ke Perang Dingin
Carter mengatakan bahawa walaupun Barat tidak mencari musuh dengan Rusia, Barat akan mempertahankan diri kalau perlu.
Menteri Pertahanan Amerika Ashton Carter mengatakan tidak ada keinginan AS untuk kembali ke Perang Dingin dan melakukan konflik baru dengan Rusia, dan bahawa sekatan ekonomi sudah mula memberi hasil dalam melawan pencerobohan Rusia di Ukraine.

Ia mengatakan hal tersebut dalam forum di Berlin sebelum pergi hari Selasa (23/6) ke Estonia untuk bertemu dengan para menteri pertahanan Estonia, Latvia dan Lithuania, yang dulu dipaksa masuk Kesatuan Soviet.

Selanjutnya, Menteri Pertahanan Ashton Carter berkata, Amerika akan bergantung kepada kombinasi cara tentera dan bukan tentera dalam menghadapi pencerobohan Rusia di Ukraine.

Carter berkata, Amerika akan menyumbang Pasukan Operasi Khas, perisikan dan kelengkapan tentera ke dalam Pasukan Reaksi Cepat yang baru dibentuk NATO, sebahagian untuk membantu Eropah menghadapi tiap pencerobohan Rusia.

Carter akan bertemu dengan para menteri pertahanan NATO hari Rabu dan Khamis di Brussels untuk membincangkan rancangan menghadapi Rusia selepas pencaplokan Semenanjung Crimea Ukraine oleh Rusia dan sokongan ketenteraan pada pemisah Ukraine.

Carter bermaksud membicarakan usul Amerika untuk menghantar cukup tank dan peralatan ketenteraan lain untuk melengkapkan satu brigade untuk latihan dan program latihan lain di Eropah timur.

Pemimpin pertahanan Amerika belum dengan rasmi meluluskan gagasan tersebut dan para pegawai belum mengatakan kemana kelengkapan itu akan dihantar, tetapi ada indikasi bahawa Poland, yang bersempadan dengan Rusia, mungkin satu lokasi.

Carter mengatakan hari Isnin bahawa walaupun Barat tidak mencari musuh dengan Rusia, Barat akan mempertahankan diri kalau perlu.

"Ukraine hanyalah satu bahagian dari keprihatinan kami yang lebih besar sekarang ini mengenai Rusia. Sebagai tanggapan, kami akan mengambil pendekatan strategik yang kuat tetapi berimbang, pendekatan yang berusaha memastikan Rusia tidak boleh memaksa sesiapa untuk kembali ke masa lalu, sementara menyambut dan mendorong Rusia untuk beralih ke masa depan, "kata Carter.

No comments:

Post a Comment