!-- Javascript Ad Tag: 6454 -->

Monday, June 29, 2015

Syiah ajaran sesat

Perjalanan yang belum selesai (299)

(Bahagian ke dua ratus sembilan puluh sembilan), Depok, Jawa Barat, Indonesia, 30 juni 2015, 11.29 WIB)

Syiah ajaran sesat

Masalah mashab syiah yang kini dipegang kebanyakan rakyat Iran kini semakin menarik terutama berlakunya konflik di Timur Tengah, seperti di Syria, Iraq dan Yaman yang melibatkan kumpulan Syiah melawan kelompok ahlul sunnah waljamaah (sunni).
Di suriah rejim penguasa assad, yang merupakan kumpulan Islam halawit, dibantu tentera Hezbollah Lebanon yang shiah bersama tentera Iran melawan kumpulan pembangkang yang sunni dan juga kumpulan Daulah Islamiah (ISIS) yang juga sunni.
Di Iraq penguasa rejim Syiah juga dibantu Hezbollah dan Iran melawan kekuatan ISIS.
Sedangkan di Yaman kumpulan pemberontak syiah al Houthi melawan kumpulan perlawanan rakyat Yaman yang sunni yang dibantu Arab Saudi dan negara Majlis Kerjasama Teluk, Pakistan dan Mesir.
Menurut Armen Naro dalam tauziahnya di Radio Rodja, Syiah menggunakan mushab Al quran Fatimiah dan ini berbeza dengan Sunni yang menggunakan mushab Usman bin Affan.
Syiah juga meyakini 12 imam mereka mengetahaui hal ghaib melebihi Rasul dan Malaikat.
Sedangkan Allah dalam firmannya di surah Al Annam ayat 50 mengatakan hanya Allah satu-satunya yang mengetahui hal ghaib, bahkan Nabi Muhammad dan para malaikat pun tidak mengetahui hal ghaib.
MUI: Ajaran Syiah Penuhi 10 Kriteria Aliran Sesat

KIBLAT.NET, Jakarta - Majelis Ulama Indonesia (MUI) Pusat menyatakan bahawa mazhab Syiah yang akhir-akhir ini banyak dipersoalkan oleh masyarakat adalah kumpulan sesat dan menyimpang. Menurut MUI, ajaran Syiah telah memenuhi sepuluh kriteria aliran sesat yang telah ditetapkan MUI dalam Rakernas pada Selasa, 6 Disember 2007, di Sari Pan Pasifik, Jakarta.
Dalam buku 'Mengenal dan Mewaspadai Penyimpangan Syiah di Indonesia' yang diterbitkan oleh MUI Pusat pada bulan Nepember 2013 ini disebutkan bahawa suatu ajaran dalam Islam jika mengandung sepuluh kriteria yang telah ditetapkan MUI di Jakarta di atas merupakan ajaran menyimpang dan sesat. Sepuluh kriteria yang disebutkan MUI tersebut adalah, pertama; mengingkari salah satu Rukun Islam dan Rukun Iman, kedua; menyakini atau mengikuti Aqidah yang tidak sesuai dengan dalil syar'i (Al Qur'an dan As Sunnah), ketiga; menyakini turunnya wahyu sesudah Al Qur'an, keempat; mengingkari autentitas dan kebenaran Al Qur'an.
MUI meneruskan, kelima; menafsirkan Al-Quran yang tidak berdasarkan kaidah-kaidah tafsir, keenam; mengingkari hadis sebagai sumber ajaran Islam, ketujuh; melecehkan / mendustakan Nabi dan Rasul, kelapan; mengingkari Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul terakhir, kesembilan; mengurangkan / menambah pokok-pokok ibadah yang tidak ditetapkan Syariat dan kesepuluh; mengkafirkan sesama muslim hanya kerana bukan kelompoknya.
"Kesepuluh kriteria kumpulan sesat di atas telah dianuti dan diamalkan oleh Syiah Imamiah, Itsna Asyariah dan Madzhab Ahlu Bait (Versi syiah)" kata MUI dalam buku yang diedarkan secara percuma untuk masyarakat tersebut.
MUI menunjukkan, sepuluh kriteria tersebut terungkap dianuti oleh kelompok Syiah berdasarkan kajian dan musyawarah yang dilakukan Badan Silaturrahmi Ulama Pesantren Madura (BASSRA) pada tarikh 3 Januari 2012 di bangunan Islamic Centre Pamekasan, Madura. Menurut kajian BASSRA, di antara keyakinan Syiah Imamiyah yang menyimpang daripada prinsip-prinsip Islam adalah:
Pertama: Rukun Iman dan Rukun Islam Syiah berbeza dari nash-nash Al Quran dan hadis mutawatir yang sahih, kerana menambah rukun Al Wilayah (Keimaman Ali bin Abi Talib dan Keturuannya) sebagai rukun Iman dan Islam.
Kedua: Menyakini adanya tahrif (interpolasi) Al Qur'an yang artinya mengingkari autentisitas dan kebenaran Al-Quran
Ketiga: Mengkafirkan keompok lain yang diluar golongannya kerana mereka berprinsip seorang yang tidak mengimani rukun Iman dan Islam yang paling pokok, yaitu Al Wilayah, maka dianggap bukan muslim, fasik, bahkan kafir. Dan hal itu bukan hanya untuk umat Islam umumnya, akan tetapi juga termasuk para sahabat Nabi yang utama Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman Radiyallahu Anhum dan semua yang bersepakat membaiat mereka.

Dalam buku setebal 152 halam itu, MUI juga menyebutkan pernyataan para ulama besar Indonesia yang menegaskan bahawa Syiah adalah ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam yang murni, yang sesuai dengan ajaran Salafus Shaleh. Ulama-ulama tersebut adalah Syaikh Hasyim Al Asy'ari (Rais Akbar NU), Prof. DR. Hamka (Tokoh Muhammadiyah dan Ketum MUI tempoh 1975-1980), DR. Muhammad Nashir (Pengasas Dewan Dakwah (DDI) dan KH. Hasan Bashir (Ketua MUI tempoh 1985-1998). [Hunef]

No comments:

Post a Comment