!-- Javascript Ad Tag: 6454 -->

Monday, March 10, 2014

Media China kecam pengendalian kemalangan pesawat Malaysia

.
Media China kecam pengendalian kemalangan pesawat Malaysia

Media kerajaan China mengecam Malaysia dalam pengendalian hilangnya pesawat penumpang dan mengharapkan tindakan yang lebih cepat serta mengetatkan keselamatan di bandar udara .

Hampir dua per tiga dari 239 orang penumpang pesawat MH370 itu berasal dari China dan bila kehilangan pesawat itu sudah disahkan , maka kecelakan ini merupakan bencana udara terburuk ke dua dalam sejarah China .

Penyelidikan dilakukan selepas dari senarai penumpang petugas mendapati ada dua nama orang Eropah yang pasportnya dicuri di Thailand dan mereka tidak naik pesawat tersebut .

" Pihak Malaysia tidak boleh melalaikan tanggungjawab ini , " harian Global Times yang dekat dengan Parti Komunis China menulis dalam tajuk rencana yang pedas .

" Usaha dari Malaysia kurang cepat . Ada kekurangan di syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan , " demikian terbitan Isnin .

" Jika ini merupakan kerosakan mesin yang mematikan atau kesalahan pilot , maka pihak syarikat perlu bertanggungjawab . Namun jika ini merupakan serangan pengganas maka pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan penerbangan patut dipersoalkan . "

Harian China Daily menulis tajuk " Keganasan tidak boleh dikesampingkan " dan Malaysia serta masyarakat antarabangsa perlu menjelaskan bagaimana dua penumpang boleh naik pesawat dengan memakai pasport dicuri milik warga Itali dan Austria .

" Siapa mereka dan mengapa mereka memakai pasport palsu ? " akhbar itu mempersoalkan .

" Kenyataan bahawa ada beberapa orang penumpang yang melakukan perjalanan dengan pasport palsu harus menjadi peringatan kepada seluruh dunia bahawa keamanan belum terlalu ketat , khususnya di lapangan terbang , kerana keganasan - setan dunia - terus cuba menodai peradaban manusia dengan menggunakan darah orang - orang tak bersalah , " tambahnya seperti dikutip AFP .

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Malaysia Zahid Hamidi pada Isnin menjelaskan bahawa dua penumpang yang memakai pasport dicuri diduga dari etnik Asia .

" Saya masih bingung , bagaimana ( pegawai imigresen ) tidak boleh berfikir : orang Itali dan Austria tetapi dengan wajah Asia , " kata menteri seperti dipetik oleh pejabat berita nasional Malaysia , Bernama .

Beijing memberangkatkan satu kumpulan tugas ke Malaysia pada Isnin , lapor pejabat berita Xinhua . Mereka meliputi pegawai dari Kementerian Luar Negeri , Keselamatan Masyarakat dan Perhubungan untuk membantu siasatan dan keluarga mangsa di Malaysia .

Raibnya pesawat itu berlaku seminggu selepas serangan mematikan di stesen bandar Kunming di China barat daya , ketika sekumpulan penyerang melakukan penikaman secara rawak dan menyebabkan 29 orang meninggal serta 143 orang lain terluka .

No comments:

Post a Comment