Enam Negara Sediakan Carian Pesawat MAS MH370 yang Hilang
Enam negara masing-masing Malaysia, Filipina, Singapura, Vietnam, China dan Amerika Syarikat sepakat bersama-sama mengerahkan armada SAR-Nya untuk mencari lokasi jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu (8/3) dini hari di Laut China Selatan .
Keenam negara juga sepakat untuk melakukan bantuan kecemasan bagi para penumpang pesawat jika keberadaannya telah diketahui pasti.
China sejak Sabtu pagi telah menyatakan mekanisme kecemasan respons hilangnya pesawat Malaysia Airlines B777-200 dalam penerbangan Kuala Lumpur-Beijing.
Vietnam telah menyiapkan kapal SAR dan pesawat untuk melakukan pencarian di sekitar perairan negara itu. Selain kapal SAR, Vietnam juga bersiap mengerahkan helikopter dan kapal peronda.
Wakil kerajaan Filipina juga menyatakan telah menyiapkan pesawat C-130 Hercules milik Angkatan Bersenjata Filipina, termasuk pasukan Angkatan Lau dan pesawat pengintai ke perairan Laut China Selatan, terutama di wilayah jalur perairan di wilayah Palawan.
Dari Bangkok dilaporkan, Kerajaan Thailand juga bersiap mengerahkan tiga kapal perangnya dan satu pesawat untuk membantu pencarian dan pemindahan mangsa.
Namun hingga kini statusnya masih "bersedia" kerana belum ada permintaan rasmi bantuan dari pihak Malaysia, kata jurucakap Tentera Laut Thailand Kan Deeubol.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 menerbangi laluan Kuala Lumpur-Beijing, dengan membawa kira-kira 239 orang termasuk 12 awak pesawat. Daripada jumlah tersebut, terdapat 154 warna negara China, tujuh warga negara Indonesia, 36 warga negara Malaysia, India, Singapura, Amerika Syarikat dan lain-lain.
Armada MAS MH370 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 00.41waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Beijing pada 06.30 waktu setempat. Pesawat terakhir melakukan hubungan dengan menara kawalan di Subang, pada 02.40.
China melancarkan usaha besar untuk mencari dan menolong orang yang berada di dalam persawat Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu pagi, sementara seluruh warga terus berdoa bagi keselamatan penumpang pesawat.
"Setakat ini, pasukan pencarian dan pertolongan belum menentukan lokasi MH370," kata jurucakap syarikat penerbangan tersebut dalam satu taklimat yang berlangsung selama kurang dari 30 minit di Beijing pada Ahad pagi waktu tempatan.
Satu pasukan dengan 93-anggota dari syarikat penerbangan tiba di Ibu Kota China, Beijing, Sabtu larut malam (8/3).
Segera setelah kehadiran pesawat itu dipastikan, syarikat tersebut akan menerbangkan keluarga penumpang ke lokasi tersebut, kata jurucakap itu.
Sebanyak 120 kerabat dan teman penumpang pesawat jet yang hilang telah tiba di Beijing dan telah ditampung di Hotel Lido, dekat bandar udara di Ibu Kota China tersebut.
Pemandu dan petugas pertolongan yang dihantar oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang dalam perjalanan ke kawasan laut di lepas pantai Vietnam, tempat Pesaat Malaysia Airlines tujuan-Beijing itu dijangka telah jatuh, demikian laporan Xinhua.
Pasukan pertolongan kecemasan tersebut dijangka tiba di Bandar Sanya di Wilayah Hainan, China Selatan, Ahad pagi dan naik kapal pertolongan menuju kawasan laut.
Kapal perang Tentera Laut China - Jinggangshan dan Mianyang - sudah dalam perjalanan ke lokasi yang didakwa sebagai tempat kemalangan, kata beberapa sumber Tentera Laut China.
Kapal Jinggangshan, yang membawa peralatan penyelamat nyawa, kemudahan pengesanan bawah air dan bekalan air serta makanan, berangkan dari Bandar Zhangjiang di Wilayah Guangdong, China Selatan, kira-kira pukul 03.00 waktu setempat pada Ahad untuk melakukan misi pencarian dan pertolongan.
Dua helikopter, 30 kakitangan perubatan, 10 pemandu dan 52 anggota Marin juga ada di kapal Tentera Laut itu.
Satu lagi kapal Tentera Laut China, Mianyang, bertolak ke tengah laut pada Sabtu malam.
MOT telah mendesak semua kapal China yang melintasi kawasan laut itu agar memberi perhatian teliti dan menyampaikan laporan.
Pesawat Boeing 777-200 meninggalkan Ibu Kota Malaysia, Kuala Lumpur, pada pukul 00.41 waktu Beijing, Sabtu, dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 06.30 pada hari yang sama.
Kenalan dengan pesawat tersebut hilang bersama hilangnya isyarat radarnya pada pukul 01.20 Sabtu, ketika pesawat itu terbang di atas wilayah udara Ho Chi Minh di Vietnam.
Sebanyak 227 penumpang dari 14 negara, termasuk 154 orang China,, dan 12 ahli awak yang berbangsa Malaysia berada di pesawat itu.
Pasukan pencarian dan pertolongan luat China telah membina kerja sama dengan timpalan mereka dari Malaysia dan Vietnam, dan berharap kedua negara tersebut dapat membantu segera mencari lokasi pasti pesawat yang hilang itu.
Presiden China Xi Jinping, Sabtu, memerintahkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri serta konsulat dan kedutaan besar China agar meningkatkan hubungan dengan jabatan dari negara berkaitan dan memberi perhatian teliti pada kegiatan pencarian dan pertolongan bagi pesawat yang hilang tersebut.
Sejumlah keluarga dan saudara-mara daripada 154 penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 berkewarganegaraan China, memutuskan untuk ke Kuala Lumpur mencari kepastian hilangnya pesawat tersebut.
Sebahagian besar keluarga dan kerabat para mangsa telah menunggu di ruang ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Beijing, sejak Sabtu dinihari.
"Pada mulanya, kami hanya diberi tahu pesawat delay, namun setelah beberapa jam bahkan hampir 24 jam, kami menyedari bahawa pesawat hilang dan nasib keluarga kami belum diketahui," ujar salah satu kerabat sambil terus tersedu-sedu, tanpa mau menyebut identitinya.
"Kerana itu, kami memutuskan untuk ke Kuala Lumpur," katanya menambah.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 menerbangi laluan Kuala Lumpur-Beijing, dengan membawa kira-kira 239 orang termasuk 12 awak pesawat dan 227 penumpang.
Daripada jumlah tersebut, terdapat 154 warna negara China, 38 warga negara Malaysia, tujuh warga negara Indonesia, enam orang warga negara Australia, lima orang warga negara India, empat warga Perancis, dan tiga warga Amerika Syarikat.
Pesawat nahas yang dipandu oleh Zahaire Ahmad Shah (53) juga membawa warga negara Kanada, Ukraine, dan New Zealand masing-masing dua orang. Sedangkan dua orang yang menggunakan pasport yang dicuri dengan negara Austria dan Itali.
MAS MH370 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 00.41 waktu setempat dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Baijing pada 06.30 waktu setempat. Pesawat terkahir melakukan hubungan dengan menara kontraol di Subang, pada 02.40.
Enam negara masing-masing Malaysia, Filipina, Singapura, Vietnam, China dan Amerika Syarikat sepakat bersama-sama mengerahkan armada SAR-nya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing B-777-200 dan memindahkan para mangsa.
China telah mengerahkan dua kapal SAR militernya masing-masing "Jinggangshang" dan "Mianyang" dan kini telah menuju perairan Laut China Selatan.
No comments:
Post a Comment