!-- Javascript Ad Tag: 6454 -->

Sunday, July 20, 2014

196 jenazah penumpang korban jatuhnya pesawat MH17 di Ukraine dimuatkan ke dalam gerabak enjin penyejuk

196 jenazah penumpang korban jatuhnya pesawat MH17 di Ukraine dimuatkan ke dalam gerabak enjin penyejuk

Potongan tubuh dari sekurang-kurangnya 196 jenazah penumpang korban jatuhnya pesawat MH17 di Ukraine dimuatkan ke dalam gerabak enjin penyejuk, dengan tujuan yang belum diketahui.

Seluruh 298 penumpang dan awak Malaysia Airlines MH17 tewas akibat tembakan peluru berpandu Khamis 17 Julai.

Pemerintah negara-negara barat mengecam pemberontak pro-Rusia yang menguasai kawasan itu, kerana menyekat akses ke lokasi jatuhnya pesawat.

Para pemberontak menyatakan akan menyerahkan 'Kotak Hitam' kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, International Civil Aviation Organization.

Dari lokasi, wartawan BBC Fergal Keane menyebutkan terhadap hadith dan kesemerawutan selama dua hari terakhir telah digantikan dengan kehadiran banyak bekas polis anti huru hara yang membentuk barisan sekitar lokasi serpihan pesawat.
Masih belum ada tanda tentang dikerahkannya siasatan bebas penuh sebagaimana dituntut masyarakat antarabangsa.

Dilaporkan telah berlangsung perbincangan antara kerajaan Ukraine dengan penberontak, tentang bagaimana kereta pengangkut jenazah itu meninggalkan kawasan pemberontak.

kantung Jenazah
  gerbong mayat
Dilaporkan 196 jenazah sudah berada dalam gerbong kereta di Torez.
Kereta barang dengan lima gerbong tertutup diletakkan di stesen kereta api Torez, 15km dari lokasi kemalangan.

Gerbong yang tertutup rapat itu kelihatan seperti mesin pendingin dan tercium bau yang biasanya berpunca dari jenazah, lapor wartwan BBC, Richard Galpin, dari Torez.

Organisasi untuk Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE. menyebut di twitter bahawa mereka dikabari bahawa 196 jenazah sudah berada dalam gerbong kereta di Torez.
Sebuah pasukan OSCE dibenarkan melihat tiga gerbong dan memeriksa 'kantung mayat bertanda-Pengenalan' tapi tak boleh mengesahkan jumlahnya. Tak jelas ke mana kereta akan membawa jenazah-jenazah itu.

Ukraine dan Rusia saling menuduh satu sama lain sebagai pihak yang melepaskan peluru berpandu yang menjatuhkan MH17.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry menyebut, "jelas sekali" bahawa Rusia telah mengalihkan sebuah sistem peluru klendali kepada para pemberontak, yang diyakini digunakan untuk menembak jatuh pesawat.

Banyak kalangan mencemaskan pemberontak merosakkan pelbagai bukti di lokasi jatuhnya pesawat.

Ukraine mengumumkan hal yang disebutnya sebagai rakaman perbualan telefon antara pemberontak, yang menyebut Kerajaan Rusia memerintahkan untuk tidak menyerahkan 'Kotak Hitam' kepada pemantau antarabangsa.

Namun keaslian rakaman sadapan itu tidak boleh disahkan.
BBC

No comments:

Post a Comment