!-- Javascript Ad Tag: 6454 -->

Sunday, July 20, 2014

Satu keluarga Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia sebelum hari raya Idul Fitri tewas dalam pesawat Malaysia Airlines MH17 yang jatuh di Ukraine.


Tambi Jiee dan keluarga selama tiga tahun tinggal di Kazhakstan. 





Satu keluarga Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia sebelum hari raya Idul Fitri tewas dalam pesawat Malaysia Airlines MH17 yang jatuh di Ukraine.





Mereka adalah Tambi Jiee bersama isterinya Ariza dan putrinya Marsha Azmena, yang berusia 15 tahun, serta tiga putra, Muhammad Afif, 19 tahun, Muhammad Afzal, 17 tahun, dan Muhammad Afruz, 13 tahun.

Selama tiga tahun terakhir keluarga itu tinggal di Kazhakstan, tempat Tambi bekerja di syarikat minyak Shell Oil.

Penerbangan mereka dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada hari Khamis 17 Julai lalu sekaligus merupakan perpindahan mereka untuk kembali ke Kuala Lumpur kerana tugas Tambi di Kazhakstan sudah selesai dan ingin tiba kampung halaman sebelum Aidilfitri.
Namun mereka tidak pernah tiba di Malaysia kerana Klik pesawat MH17 jatuh ditembak oleh peluru berpandu di Ukraine timur, yang didakwa dilakukan kumpulan pemberontak yang disokong Rusia.

"Saya amat kehilangan mereka. Kami akan amat kehilangan," tutur Madzalina Ghazalee, adik perempuan Ariza, kepada wartawan BBC Alice Budisatrijo yang berkunjung ke rumah keluarga Ariza di Kuching

Madzalina kemudian memperlihatkan foto Tambi dan Ariza bersama keempat anaknya.

Saat Madzalina bercerita, ibu Ariza -Dayang Jamilah Noriah yang berusia 72 tahun-duduk diam di kerusinya.

Dia kehilangan putrinya, menantunya, serta empat cucunya dan berharap agar jenazah orang-orang yang dicintainya boleh didapati kembali.

Pesawat MH17 juga membawa Klik satu keluarga campuran Indonesia Klik dan Belanda yang akan menuju ke Solo. Jawa Tengah.

Yuli Hastini asal Solo bersama suaminya John Paulisen serta kedua anaknya, Arjuna Paulisen dan Sri Paulisen, rencananya ingin ke makam ibu Yuli sekalian bercuti.
BBC

No comments:

Post a Comment