Kapal Australia Teruskan Carian MH370
Kapal Tentera Laut Australia ' Ocean Shield ' bertolak dari pelabuhan Perth , Australia Barat , hari Sabtu ( 9 / 5 ) , untuk melanjutkan pencarian bawah permukaan air pesawat MH370 .
Kapal Tentera Laut Australia ' Ocean Shield ' hari Sabtu ( 10 / 5 ) bertolak dari pelabuhan Perth , Australia Barat , untuk meneruskan pencarian bawah permukaan air atas pesawat jet penumpang Malaysia Airlines yang hilang tarikh 8 Mac dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing .
Kapal itu membawa kapal - selam - robot Tentera Laut Amerika yang telah melayari kawasan luas dan terpencil Lautan Hinda di mana pesawat penumpang Malaysia itu diduga jatuh .
Pencarian dari udara terhadap pesawat dengan nombor penerbangan MH370 itu dihentikan bulan lalu kerana tidak ada dijumpai puing yang mengambang .
Kerajaan Malaysia berpendapat ada seseorang yang menguasai penerbangan yang sengaja memesongkan penerbangan pesawat , namun penyelidikan ke arah itu tidak mencari bukti yang kuat.VOA
No comments:
Post a Comment