!-- Javascript Ad Tag: 6454 -->

Wednesday, August 6, 2014

Satu syarikat Belanda dipilih melakukan pencarian bawah laut pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, demikian diumumkan Australia.

Satu syarikat Belanda dipilih melakukan pencarian bawah laut pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, demikian diumumkan Australia.

Fugro Survey akan menggunakan dua kapal untuk melakukan carian di Lautan Hindi.

Kapal ini akan menggunakan peralatan carian berasaskan suara dan kamera video untuk mencari dan mengenal pasti serpihan pesawat.

Pencarian di kawasan seluas 60,000 km2 akan bermula bulan September dan dijangka memerlukan masa sehingga setahun.

PesawatKlik Malaysia hilang tarikh 8 Mac ketika terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 239 orang.

Berdasarkan analisa data satelit, pesawat tersebut diyakini menamatkan perjalanan di perairan di sebelah barat bandar Perth, Australia.

Para penyelidik tidak mengetahui apa yang terjadi terhadap penerbangan tersebut dan mencari tempat hitam perakam penerbangan merupakan hal penting untuk memahami penyebab hilangnya pesawat.


Salah satu kapal, Fugro Discovery, tengah dalam perjalanan ke Perth dari Inggeris.
Sementara kapal kedua, Fugro Equator, telah berada di wilayah carian mengkaji topografi dasar laut. BBC

No comments:

Post a Comment